eSukan - Tekanan Jangka Panjang & Cara Kekal Konsisten
8 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mei 2026, telah berlangsung Tekanan Jangka Panjang & Cara Kekal Konsisten. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta memahami mengenai tekanan jangka panjang iaitu tekanan berulang dalam tempoh lama, latihan, pertandingan dan jangkaan, bukan satu game, tetapi sepanjang perjalanan, memberi kesan kepada mental dan fizikal dan perlu diurus dengan betul. Selain itu, peserta memahami mengenai punca tekanan jangka panjang seperti jadual latihan yang padat, jangkaan daripada pasukan / jurulatih, tekanan untuk menang, kekalahan berulang dan kurang rehat dan keseimbangan. Seterusnya, peserta memahami kesan jika tidak diurus contohnya hilang fokus dalam permainan, emosi tidak stabil dan prestasi menurun. Akhir sekali, peserta mengetahui cabaran untuk kekal konsisten seperti emosi selepas kalah, rasa penat dan burnout, gangguan luar, hilang motivasi sementara dan tekanan berterusan
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: